Sabtu, 10 September 2011

Kelebihan Solat & Solat Awal Waktu

Assalamualaikum WBT,


Apa khabar rakan-rakan semua? Semoga sentiasa sihat hendaknya.  Solat itu tiang agama, solat adalah amalan pertama yang akan disoal.

Rasulullah S.A.W bersabda “Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya dia menegakkan agama, sesiapa yang meninggalkannya dia meruntuhkan agama.. “Siapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, maka sesungguhnya dia telah kufur dengan nyata”.-HR Bukhari dan Muslim.

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w., bersabda:

“Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisabkan seseorang pada hari qiamat mengenainya ialah sembahyangnya jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntung dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah dia. 

Kiranya terkurang dari sembahyang fardunya sesuatu, Tuhan berfirman: “Periksalah, adakah hambaku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain.”

Warna-warni di sebalik solat awal waktu ...
video 

Semoga mendapat manfaat, selamat beramal :D


**********************************************************************************
>> Promosi Jualan Aksesori Wanita dilanjutkan sehingga 16 September 2011.  Jika berminat, anda boleh jenguk di SINI.

37 comments:

  1. Assalamualaikum Ila....
    solat itu tiang agama...sentiasa usaha untuk lakukannya di awal waktu, tq for sharing!

    BalasPadam
  2. Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

    ***Waktu Subuh***
    Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
    Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.
    Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
    Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (jaga daripada tidur).
    Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.
    Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.
    Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.
    Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

    ***Waktu Zohor***
    Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.
    Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.
    Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.
    Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.

    ***Waktu Asar***
    Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.
    Rahsia warna oren ialah kreativiti.
    Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah.
    Tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

    ***Waktu Magrib***
    Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.
    Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.
    Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.
    Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

    ***Waktu Isyak***
    Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.
    Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.
    Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.
    Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.
    Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

    Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam waktu ini dipanggil Qiamullail.
    Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta. Semuanya untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
    Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah dikurniakan syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.
    Hakikatnya kita seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat memerlukannya.

    BalasPadam
  3. Amie: Wasalam... peringatan untuk ila juga. Sama2.

    BalasPadam
  4. satu info yg sangat baik dan berguna :-) selamat hari raya ma ap zahir batin

    BalasPadam
  5. good info....thankz for sharing ..moga menjadi manfaat dalam kehidupan.\..

    BalasPadam
  6. Gan Ambil Award blog sampean di Blog Ane yahh

    BalasPadam
  7. Tak terfikir perkara ni, sebelum ni. Memang banyak ilmu yang manusia boleh cari....

    BalasPadam
  8. Semoga kita senantiasa mendirikan sholat 5 waktu aamiin...
    Silaturahmi dan salam ukhuwah sahabat...Assalamu'alaikum

    BalasPadam
  9. salam..ila.saye copy ye.sgt bermanfaat.nk post kat fb.thanks ye

    BalasPadam
  10. salam, info yg amat bermanafaat...semoga menjadi amalan.

    BalasPadam
  11. semoga dapat dijadikan panduan dalam hidup

    BalasPadam
  12. bukan mudah nak jaga solat di awal waktu...kan?

    BalasPadam
  13. salam ila,

    teruskan usaha menyampaikan..walaupun satu ayat..

    BalasPadam
  14. info yang sangat bermanfaat...terima kasih kerana berkongsi...

    BalasPadam
  15. kadang2 tu tersasar jugak lah....

    BalasPadam
  16. tq ila...baru tersedar..kadang da wat keje kita lalai..solat sealu dlmbtkan

    BalasPadam
  17. TQ for sharing this good article. Byk manfaat solat awal waktu kan?

    BalasPadam
  18. Artikel yg baik untuk dikongsi. Thanks. Btw Jom join Contest Untuk Semua. Hadiah untuk 4 orang pemenang.

    http://untuqsemua.blogspot.com/2011/09/contest-untuk-semua.html

    BalasPadam
  19. Salamun'Alaik...jazaqallah atas perkongsian ilmu...jemput datang ke blog sy... :)

    BalasPadam
  20. ila boleh post gambar bogel ila tak? please..teringin nak tengok ila berbogel. jangan lupa senyum masa bogel ye?

    BalasPadam
  21. "singkapan dunia menjadikan hati adakalanya suka dan duka, tapi makrifat diri mengiakan manisnya dunia dan terasa pahit akan mengejarnya alam akhirat, hanya tarbiah iman di lubuk hati mengiakan halawah dimuka bumi ini"

    BalasPadam
  22. sharing is caring..

    insyaallah akak awalkan solat ikut waktu :)

    BalasPadam
  23. info yang menarik...tq..kita amalkan bersama-sama

    BalasPadam